SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Monday 23 May 2016

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR SK TAMAN MUTIARA RINI

Pada 13hb Mei 2016 yang lalu, sekolah telah menerima lawatan dari SK TAMAN MUTIARA RINI sebagai lawatan balas.

Lawatan perkongsian pintar ini menggabungkan beberapa elemen iaitu, bilik abad 21, frog vle, klinik bola baling dan bengkel bahasa inggeris Tahun 6.

Program bermula jam 8.00 pagi, di mana pelawat sampai ke sekolah dan bersarapan bersama pihak pentadbir. Kemudian, wakil SKTMR berpecah mengikut agenda masing-masing. Selepas itu, jamuan makan tengah hari diadakan sambil diselang seli dengan upacara pemyampaian cendera hati antara sekolah dan program lawatan tamat pada jam 11.50 pagi.

TEMPAT KETIGA KEJOHANAN FUTSAL HARI GURU PERINGKAT PPD

Pada 21hb Mei 2016 yang lalu, telah berlangsung kejohanan futsal sempena Hari Guru Peringkat PPD Sabak Bernam.

Peringkat kumpulan pasukan SDAL berjaya memenangi semua perlawan sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, pasukdan SDAL bertemu dengan pasukan PPD dan akhirnya tewas 2-0. Walau bagaimanapun,  pasukan SDAL berjaya menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan pasukan Sekolah Menengah.

Tuesday 17 May 2016

KEJAYAAN KOKURIKULUM SKDAL 2016

Pada awal bulan yang lalu, Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff berjaya mencapai kejayaan dalam kokurikulum menerusi pasukan badminton sekolah menduduki tempat pertama dan ketiga dalam acara doubles lelaki dan perempuan.

Kemudian, kejayaan berterusan dengan pasukan ping pong berjaya mendapat tempat ketiga daerah, bola baling mendapat no.3 dalam daerah, pasukan bola jaring menjadi johan daerah.

Pasukan badminton dan bola jaring sekolah mewakili daerah ke peringkat negeri.