SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Pesanan Guru Besar

Assalamualaikum, salam Sejahtera. Selamat datang ke Blog Rasmi SK Doktor Abdul Latiff. Syukur alhamdulillah kerana kita diberi kesempatan untuk terus menjadi pemimpin yang memimpin dan pendidik yang mendidik. Tahniah kepada semua warga SKDAL kerana telah memberi sumbangan yang amat besar dan berharga demi kejayaan SKDAL mengikut bidang dan kepakaran masing-masing.

    Semoga paparan maklumat, ilmu, kejayaan dan perancangan yang dipaparkan dalam blog ini menjadi pendorong untuk kita terus bersatu dan berpadu tenaga bagi mencapai segala impian dan sasaran. Setiap kejayaan yang diperoleh sama ada dalam bidang akademik, ko-akademik dan kokurikulum merupakan kejayaan bersama. Saya berasa bangga kerana guru-guru SKDAL menunjukkan komitmen yang begitu tinggi dalam melaksanakan segala program dan aktiviti yang dirancang. Saya sentiasa memberi sokongan dan berharap kerjasama sebegini akan berterusan.

   Dunia pendidikan kini diwarnai dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan adanya Blog Rasmi SKDAL ini, diharap dapat membantu untuk kita meneroka ilmu yang berkaitan dan turut serta secara aktif dalam melahirkan murid celik IT dan menggunakan Internet dalam Pdpc.

   Harapan saya, semoga SKDAL menjadi salah sebuah sekolah yang turut menyumbang kepada pencapaian gemilang bagi daerah Sabak Bernam dan negeri Selangor Darul Ehsan. Marilah kita terus berpadu tenaga, menyumbang idea dan menjadi pelaksana kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pendayung sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Semoga SKDAL terus melahirkan generasi yang senantiasa memandang jauh ke hadapan, kreatif dan inovatif, memiliki jati diri dan sahsiah terpuji.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Saya Yang Menjalankan Amanah,








Hajah Zalinah binti Hassan
Guru Besar SK Doktor Abdul Latiff
Sabak Bernam Selangor