Sekolah
Kebangsaan Doktor
Abdul Latiff, Sabak
Bernam adalah
dipercayai antara
sekolah yang tertua
di Daerah Sabak
Bernam. Sekolah
ini telah dibuka untuk
pendidikan formal bermula
pada tarikh 4.1.1896 dengan
nama asal ialah Sekolah Melayu
Sabak Bernam. Ia
diasaskan oleh
En. Abdul Razak bin Abdul Ghani
yang bertugas sebagai
Clerk Incharge di
Sabak Bernam bagi
pihak Pegawai Daerah Kuala
Selangor. En. Abdul Razak adalah ayah kepada
Dr. Abdul Latiff.
Bangunan
JKR 48 yang dibina pada
tahun 1896 digunakan
untuk menampung seramai
17 orang murid lelaki. Pada
tahun 1950 ia
dirobohkan untuk
dibina Masjid
Jamek Pekan Sabak. Pada 1967, bangunan
JKR SB70 dibina dan
nama sekolah ditukar
kepada Sekolah
Kebangsaan Sabak
Bernam.
Pada
tarikh 13.11.1980, nama
sekolah sekali
ditukar kepada
Sekolah Kebangsaan
Doktor Abdul Latiff
iaitu sempena nama
murid pertama mendaftar
pada tahun 1896. Dr. Abdul Latiff
adalah murid
cemerlang dan
merupakan doktor
Melayu pertama
di Negeri Selangor.
Pada
tahun 1986, bangunan
baru 2 blok setinggi 3 tingkat
dibina berhadapan
bangunan lama untuk
menggantikan bangunan
lama yang telah uzur. Bagi menampung pertambahan
jumlah murid,
beberapa blok
bangunan baru
telah dibina dari
setahun ke
setahun.
Pada
7-9 Januari 1996, sekolah
ini telah mengadakan Sambutan
Ulangtahun ke
100 penubuhannya. Ia
telah dirasmikan oleh
YB. Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak (
Menteri Pendidikan
).