SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Sunday 14 January 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JANUARI 2018

Pada perhimpunan mingguan yang lalu, telah diadakan majlis Hari Lahir Bulan Januari. Seramai tiga orang guru dan  tiga puluh lapan orang murid diraikan menyambut hari kelahiran. Acara nyanyian lagu hari lahir dan sesi memotong kek berjalan lancar sepanjang majlis diadakan.

 Murid-murid beratur bersama guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan Januari

 Para pentadbir bergambar bersama guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari.

 Murid-murid dan guru-guru bertepuk tangan selepas sesi nyanyian lagu hari lahir.

Sesi memotong kek hari lahir guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari. Kemudian, kek dikongsikan bersama-sama. 

Sunday 7 January 2018

JAMUAN AWAL TAHUN 2018 DAN MAJLIS PERPISAHAN

Pada 05 Januari 2018, Jumaat yang lalu, telah berlangsung Majlis Makan Malam Jamuan Awal Tahun dan Majlis Perpisahan bagi guru-guru yang betukar ke sekolah lain. Majlis dikelolakan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKDAL. 

Ucaptama majlis disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi binn Ibrahim

 Penyampaian cabutan bertuah yang disampaikan oleh Puan Rosniza bt Shufardi yang bertukar ke SK Teluk Ru

 Hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Encik Mahyidin b. Mohd Kormin yang bertukar ke SK Bagan Terap

 Penyampaian cabutan bertuah oleh PK Kokurikulum kepada guru dan kakitangan yang bertuah

 Penyampaian cabutan bertuah oleh PK Kokurikulum kepada guru dan kakitangan yang bertuah

HARI PERTAMA GERKO 2018

 Sesi pemilihan AJK bagi unit uniform / sukan permainan dan kelab persatuan bagi tahun 2018

 Suasana atau keadaan sesi pemilihan AJK bagi PPIM dan Lompat Tali tahun 2018

Guru penasihat yang menguruskan sesi pemilihan bagi Persatuan Bahasa dan Kebudayaan 2018

Tuesday 2 January 2018

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2018

 Perhimpunan pada hari pertama persekolahan sesi 2018

 Terdapat ibu bapa yang menemani anak mereka pada hari pertama persekolahan terutamanya ibu bapa Tahun 1

 Perhimpunan dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Yaakob bin Ismail dan memberi peringatan kepada murid-murid.

YDP PIBG, YB Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan beramah mesra dengan ibu bapa serta melawat kawasan sekolah.