SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Sunday, 19 January 2020

LADAP 2020: BENGKEL PEMANTAPAN PENTAKSIRAN PBD

Pada 16 Januari 2020, Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan kerjasama Unit LADAP Sekolah telah mengadakan Bengkel Pemantapan PBD yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Parit 4, Tuan Haji Ismail bin Hussin dan Cikgu Nur Ezureen bt Noor Azmi, Ikon PBD SK Parit 4 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun SKDAL. 


Bengkel ini melibatkan 40 orang guru SKDAL dengan barisan pentadbir menerima input yang berguna berkaitan dengan PBD. Bengkel dimulakan dengan sesi penerangan oleh para penceramah, kemudian, sesi penyampaian hadiah cenderamata dan jamuan ringkas. 






Sunday, 12 January 2020

SELAMAT TINGGAL CIKGU BAHAK UDIN BIN MAIDIN

Pada 10 Januari 2020 yang lalu, pada hari Jumaat, Kelab Guru dan Kakitangan SKDAL telah menagadakan Majlis Perpisahan Sir Bahak di Dataran Transformasi. Sir Bahak Udin yang mengajar di SKDAL selama 12 tahun akan berpindah ke SK Simpang Lima pada awal tahun ini. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi KGK, Cikgu Aimman Shauqie, diikuti ucapan Tuan Guru Besar, Cikgu Megat Pauzi bin Ibrahim, ucapan perpisahan oleh Cikgu Bahak Udin dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada anak murid.

Gambar menunjukkan suasana majlis sedang berlangsung.

PROGRAM MOTIVASI SAHSIAH TERBILANG

Pada 10 Januari 2020, Jumaat yang lalu. Pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi Sahsiah Terbilang untuk murid-murid Tahun 6 dan juga bersama dengan ibu bapa masing-masing. Program motivasi ini disampaikan oleh Ustaz Tuan Haji Ahmad Zamri bin Shamsudin dengan penuh semangat dan berinpirasi. 

Gambar menunjukkan keseluruhan program berlangsung dari pagi hingga tengh hari.

Tuesday, 7 January 2020

PENYAMPAIAN BANTUAN BTS 2020 DI BAWAH YAYASAN PELAJARAN MARA

Pada 06 Januari yang lalu, majlis penyampaian bantuan kepada murid yang terpilih telah berjaya dilaksanakan dalam Perhimpunan Mingguan. Bantuan Pelajaran Mara disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Megat Pauzi bin Ibrahim. 

Gambar menunjukkan antara murid yang menerima bantuan daripada Yayasan Pelajaran Mara

Saturday, 4 January 2020

PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Pada 02 Januari 2020 yang lalu, sekolah telah pun dibuka semula secara rasminya untuk sesi persekolahan tahun 2020. Pada tahun ini, pihak sekolah menggunakan konsep adiwira sebagai salah satu cara untuk menarik murid-murid hadir ke sekolah. 


Pihak sekolah juga menjemput Sarjan Yacob bin Ismail untuk bersama-sama menyambut kehadiran murid-murid dan memberi kata-kata semangat dan pesanan untuk tahun 2020.