SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Monday, 17 August 2015

PELANCARAN BULAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-58

Pada perhimpunan mingguan yang lepas, Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015 telah pun dilangsungkan dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim. Beliau menceritakan keadaan pada zaman dahulu sebelum merdeka dan pasca merdeka supaya menjadi teladan kepada anak murid.
Dalam ucapan beliau juga, ada diselitkan nasihat kepada semua murid agar tidak dijajah dari segi pemikiran dengan pelbagai sumber yang mudah didapati sekarang. Tema pada tahun ini ialah #SEHATISEJIWA. Diharapkan murid-murid sehati dan sejiwa sayangkan negara yang tercinta ini agar tidak dijajah semula samada dari aspek diri, pemikiran dan budaya.

Tuesday, 4 August 2015

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAN SERTA HADIAH KEHADIRAN AWAL

 Tahniah kepada peserta DIKIR BARAT BAHASA ARAB SKDAL kerana menjadi JOHAN dua kali berturut peringkat daerah. Hadiah disampaikan oleh En. Azmon bin Amat Kamari, GPK Pentadbiran SKDAL. SK Doktor Abdul Latiff akan memwakili daerah ke peringkat Negeri bagi mempertahankan kejuaraan. Semoga sukses di sana nanti.
 Selain penyampaian sijil untuk Dikir Barat, GPK HEM SKDAL, Pn. Ramlah binti Mohd Nor turut menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang menghadirkan diri awal ke sekolah iaitu sebelum pukul 7.00 pagi. Pada bulan ini, ramai murid yang datang awal ke sekolah berbanding bulan lepas.

Tuesday, 14 July 2015

MAJLIS KHATAM ALQURAN, BUBUR LAMBOK DAN BERMAAFAN SESAMA WARGA SEMPENA HARI RAYA

 Pada hari ini, sekolah telah mengadakan majlis 3 dalam 1 iaitu, Majlis Khatam Al-Quran, Masak Bubur Lambok dan Maaf-bermaafan sempena Hari Raya Puasa yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Pada awal pagi, guru-guru dan kakitangan sekolah sibuk menyediakan bahan dan alatan untuk bubur lambok. 
 Sambil mengacau bubur lambok, Majlis Khatam Al-Quran juga turut dijalankan secara serentak. Warga SKDAL bergotong-royong menyiapkan bubur lambok dari mula masak hingga proses membungkus. Suasana sungguh meriah dengan pelbagai ragam dan gelagat warga SKDAL sambil membungkus makanan.
Selepas tamat Majlis Khatam Al-Quran, Murid-murid diberi merasa bubur yang telah masak dan ada lebihan untuk murid-murid membawanya pulang. Sangat meriah suasana tersebut sehingga tak menang tangan dibuatnya. 
 Pada hari yang berikutnya, Majlis Bermaafan Warga SKDAL turut diadakan sebelum semua murid dan guru pulang ke kampung halaman. Setiap guru diberi masa selama dua minit untuk berucap.
 Selepas semua guru memberi ucapan, murid-murid beratur dan mula bersalaman dengan guru-guru dan memohon maaf sempena Hari Raya Puasa pada tahun ini. Tidak lupa juga, duit raya turut dihulurkan kepada semua anak murid SKDAL sumbangan daripada pihak sekolah dan PIBG SKDAL.