SELAMAT DATANG
Tuesday, 19 July 2016
PENYAMPAIAN HADIAH KEJAYAAN UJIAN SUMATIF 1
Banner bergambar guru yang berjaya juga dicetak dan digantungkan pada tempt yang telah ditetapkan. Tahniah kepada guru-guru yang berjaya, agar ia dapat memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencapai KPI Keberhasilan Guru yang telah ditetapkan.
Monday, 23 May 2016
LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR SK TAMAN MUTIARA RINI
Pada 13hb Mei 2016 yang lalu, sekolah telah menerima lawatan dari SK TAMAN MUTIARA RINI sebagai lawatan balas.
Lawatan perkongsian pintar ini menggabungkan beberapa elemen iaitu, bilik abad 21, frog vle, klinik bola baling dan bengkel bahasa inggeris Tahun 6.
Program bermula jam 8.00 pagi, di mana pelawat sampai ke sekolah dan bersarapan bersama pihak pentadbir. Kemudian, wakil SKTMR berpecah mengikut agenda masing-masing. Selepas itu, jamuan makan tengah hari diadakan sambil diselang seli dengan upacara pemyampaian cendera hati antara sekolah dan program lawatan tamat pada jam 11.50 pagi.
TEMPAT KETIGA KEJOHANAN FUTSAL HARI GURU PERINGKAT PPD
Pada 21hb Mei 2016 yang lalu, telah berlangsung kejohanan futsal sempena Hari Guru Peringkat PPD Sabak Bernam.
Peringkat kumpulan pasukan SDAL berjaya memenangi semua perlawan sehingga ke peringkat separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir, pasukdan SDAL bertemu dengan pasukan PPD dan akhirnya tewas 2-0. Walau bagaimanapun, pasukan SDAL berjaya menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan pasukan Sekolah Menengah.

