SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Saturday, 19 May 2018

PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT SELURUH MALAYSIA

Pada 23 April 2018 yang lalu, telah berlangsung Program Membaca Selama 10 Minit yang dikelolakan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah. Murid-murid dikumpulkan di Dataran Lestari pada jam 11.00 pagi untuk membaca selama 10 minit. Begitu juga dengan guru-guru turut berkumpul membaca secara berjemaah di Dataran Lestari.

 Guru-guru turut membaca buku ilmiah masing-masing

 Murid-murid sedang khusyuk membaca buku masing-masing.

Suasana program membaca sedang berlangsung selama 10 minit.

PROGRAM STUDENT IMMERSION INDONESIA LPI AR-ROHMAN & SK DOKTOR ABDUL LATIFF

Pada 23 April 2018 hingga 26 April 2018, Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff telah dilawati oleh murid-murid dari Jombang, Indonesia di bawah Yayasan Ar-Rohman. Seramai 18 orang murid dan 8 orang guru pengiring melawat, menyertai aktiviti dan sesi pembelajaran dan pemudahcara (PDPC) selama 3 hari.

Gambar Buku Program Student Immersion Programme 2018

Perlawanan persahabatan di antara SK Doktor Abdul Latiff dan Yayasan Ar-Rahman. 

 Peserta Student Immersion Programme melawat Bilik Kesihatan.

Friday, 4 May 2018

SDAL JUMPERS JUARA LOMPAT TALI PERINGKAT DAERAH 2018

Pada 26 April 2018 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff telah menghantar dua pasukan ke Konvokesyen HePiLI Peringkat Dearah Sabak Bernam 2018 iaitu Pasukan Lompat Tali dan Pasukan Senam Sihat. Keputusan pertandingan memihak kepada Pasukan Lompat Tali Sekolah yang berjaya menjadi johan. Sekali gus, akan mewakili daerah Sabak Bernam ke peringkat negeri pada 14 Mei 2018 yang akan diadakan di Hulu Selangor. Tahniah kepada Encik Mohd Rizal bin Saeh yang telah melatih Pasukan SDAL Jumpers.

Gambar menunjukkan sesi penyampaian hadiah kepada Pasukan SDAL Jumpers

Gambar menunjukkan sesi bergambar bersama jurulatih dan guru pengiring

Rakaman video Pasukan SDAL Jumpers membuat persembahan lompat tali
di Konvensyen HePiLI Peringkat Daerah Sabak Bernam 2018