SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Friday, 26 July 2013

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

 25 JULAI 2013 - SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Dataran Lestari pada jam 10.00 pagi. Warga SKDAL disajikan dengan ceramah mengenai Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin, Ketua Unit PPD Pendidikan Islam, PPD Sabak Bernam.
              Ceramah yang disampaikan oleh beliau amat menarik dengan melibatkan murid-murid dalam ceramah beliau seperti bertanyakan soalan, memanggil murid ke hadapan dan berzikir bersama murid-murid serta tayangan video yang memberi rasa keinsafan kepada semua warga SKDAL. Di akhir majlis, cenderahati disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Megat Pauzi bin Ibrahim kepada penceramah  Tuan Haji Ahmad Zamri bin Samsudin sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.

Saturday, 20 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA

19 JULAI 2013 -  Dalam suasana bulan Ramadhan, bulan yang membawa keberkatan dan rahmat. Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul latiff telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Warga SKDAL dengan PIBG SKDAL.

             Selepas selesai berbuka puasa, para guru dan ibu bapa menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ust. Fakhruddin. Kemudian, para guru dan ibu bapa dijemput menjamu selera sementara menunggu masuknya waktu untuk solat isyak. Selepas solat isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan solat sunat terawih berjemaah yang diimamkan oleh En. Bahak Udin dan majlis bersurai.


Wednesday, 10 July 2013

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADHAN AL-MUBARAK

10 JULAI 2013 - Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Murabak, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan majlis Pelancaran Ihya Ramadhan. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan gimik yang telah disediakan oleh guru-guru j-Qaf. Selepas itu, Majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Rafiq bin Kamaruddin. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Guru Besar kepada Penceramah jemputan. Akhir kalam, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKDAL. Semoga Ramadhan kali ini, akan bertambah amalan dan kebajikan untuk diri kita.