SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Wednesday, 25 April 2018

PELANCARAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME FOR ENGLISH LANGUAGE

Pada Perhimpunan Minggu Ke-15, telah berlangsung Mjlis Pelancaran HIP For English Language. Di mana, semua warga SKDAL akan menuturkan percakapan harian di sekolah menggunakan Bahasa Inggeris. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim bersama barisan pentadbir sekolah di hadapan murid-murid.

Pelancaran HIP dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim

Murid-murid berkumpul mengikut kelas masing-masing pada Majlis Pelancaran HIP

Murid-murid Kelas 2 Cemerlang menyanyikan lagi "Shalala Lala by Vengaboys" selepas gimik pelancaran HIP

PASUKAN BOLA JARING MERANGKUL NAIB JOHAN DAERAH 2018

Pada 16 April 2018 yang lalu, SKDAL telah menghantar pasukan Bola Jaring ke Pertandingan Peringkat Daerah. Keputusannya, Pasukan Bola Jaring SKDAL berjaya ke final tetapi tewas di tangan SK Seri Makmur, sekali gus merangkul gelaran Naib Johan. Tahniah kepada jurulatih dan pasukan yang bertungkus lumus berlatih.

 Gambar semasa hari pertama kejohanan bola jaring berlangsung.

Gambar hari kedua sebelum bermain di final bertemu dengan SK Seri Makmur

 Jamuan di KFC kepada Pasukan Bola Jaring selepas kejohanan berkahir.

Ketua Pasukan Bola Jaring menerima medal dan sijil pencapaian semasa sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Sultan Bin Paujal

KEMARAAN PASUKAN BOLA SEPAK SKDAL TERHENTI DI SUKU AKHIR

Pasukan bola sepak sekolah tidak dapat mempertahankan kejuaraan kerana tersungkur di peringkat suku akhir. Pasukan bola sepak sekolah tewas 3-1 kepada SK Pasir Panjang. Walaubagaimanapun, semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak sekolah amat memberangsangkan dan tahniah kepada jurulatih dan pasukan bola sepak. Cuba lagi tahun hadapan.