SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Sunday, 20 May 2018

SDAL JUMPERS MERANGKUL TEMPAT KETIGA PERINGKAT NEGERI 2018

Pasukan Lompat Tali Sekolah (SDAL Jumpers) telah bertanding di peringkat Negeri Sempena Konvensyen HePILi 2018 yang telah diadakan di Klang. Di bawah kendalian jurulatih, Encik Mohd Rizal Bin Saeh, Pasukan SDAL Jumpers berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan SDAL Jumpers. Semoga terus sukses pada masa akan datang.

SDAL Jumpers bergambar bersama wakil PPD Sabak Bernam, Tuan Fathul Hanif dan wakil Pejabat Kesihatan Sabak Bernam.

Sesi penyampaian hadiah tempat ketiga acara Lompat Tali yang disandang oleh SK Doktor Abdul Latiff yang mewakili daerah Sabak Bernam,

HARI GURU 2018 DISAMBUT DENGAN TEMA : PAKAIAN TRADISIONAL

Pada tarikh keramat 16 Mei 2018 yang lalu, guru-guru SK Doktor Abdul latiff telah menyambut Hari Guru bersama dengan murid-murid di Dataran Lestari. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan".Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan seperti Nyanyian Lagu Guru Malaysia, Acara Sukaneka, Anugerah Guru dan Kakitangan, persembahan murid, perarakan masuk guru-guru, pertukaran hadiah dan jamuan makan tengah hari. Gambar di bawah menunjukkan suasana sambutan Hari Guru. 

 Sesi pertukaran hadiah di kalangan guru-guru SKDAL.

  Sesi pertukaran hadiah di kalangan guru-guru SKDAL.

Saturday, 19 May 2018

HARI SUKAN SEKOLAH KALI KE-84

Pada 29 April 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke-84 yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam, merangkap YDP PIBG SK Doktor Abdul Latiff. 

Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Lari pecut 100m, 4x20m, Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru dan sukaneka. Yang menjadi tumpuan adalah Juara keseluruhan, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Tahniah kepada Rumah Biru, berjaya menjadi Johan Keseluruhan 3 tahun berturut-turut.


 Hadiah pemenang disampaikan oleh PK Pentadbiran dan PK HEM

 Antara guru-guru yang menjayakan Hari Sukan Sekolah 2018