Pada 04 Januari 2014, hari Sabtu yang lalu, di SK Doktor Abdul Latiff telah berlangsungnya Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-40. Pada jam 8.00 pagi, kebanyakan ibu bapa dan waris murid telah tiba. Pada jam 8.30 pagi, YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh telah tiba dan diiringi oleh bunga manggar dan pembawa tepak sirih sebagai adat menyambut tetamu menuju ke dewan. Para hadirin dan tetamu kehormat berdiri untuk menghormati nyanyian lagu Negaraku.
Majlis berlangsung dengan ucapan daripada Tn. Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi bin Ibrahim, YDP PIBG, Jumasri bin Jumin dan YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh untuk merasmikan majlis. Banyak maklumat diperolehi ibu bapa mengenai sekolah dan perkembangan bidang pendidikan. Tepat jam 10.00 pagi, para tetamu diberi masa untuk berehat dan sarapan sebelum mesyuarat PIBG dijalankan.
Mesyuarat PIBG berjalan lancar dengan semua agenda diterima baik oleh pihak ibu bapa. Tiada banyak persoalan yang diajukan oleh pihak ibu bapa kepada pihak PIBG sekolah, pelantikan PIBG yang baharu juga turut dijalankan dengan baik. Tahniah kepada YB Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh, kerana dilantik menjadi YDP PIBG yang baharu. Semoga, PIBG SKDAL bertambah maju ke hadapan pada tahun ini.