Pada hari Khamis, 21 Julai 2016, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya murid-murid dan para guru memakai baju raya masing-masing. Turut menyerikan majlis, SK Doktor Abdul Latiff dihadiri oleh ibu bapa murid Tahun 6, NGO, agensi kerajaan dan swasta, PPD Sabak Bernam, Guru Besar-Guru Besar, Pengetua-Pengetua dan wakil-wakil dari sekolah yang berdekatan dengan Pekan Sabak Bernam.

Tempat mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri yang memberi kelainan sambutan pada tahun ini.