SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Saturday 23 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA SKDAL 2016

Pada hari Khamis, 21 Julai 2016, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya murid-murid dan para guru memakai baju raya masing-masing. Turut menyerikan majlis, SK Doktor Abdul Latiff dihadiri oleh ibu bapa murid Tahun 6, NGO, agensi kerajaan dan swasta, PPD Sabak Bernam, Guru Besar-Guru Besar, Pengetua-Pengetua dan wakil-wakil dari sekolah yang berdekatan dengan Pekan Sabak Bernam. 
Sekolah juga turut mengadakan Majlis Pelancaran Tabung pembangunan Pendidikan PIBG SKDAL yang bertujuan untuk orang ramai/ masyarakat dan komuniti sekeliling membantu dan menambah dana bagi program pembangunan kecemerlangan akademik dan koakademik murid-murid SKDAL. Majlis penyerahan tabung ini disempurnakan oleh NYDP SK Doktor Abdul Latiff.

 Tempat mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri yang memberi kelainan sambutan pada tahun ini.



 Majlis diserikan lagi dengan Pengacara Majlis yang hebat.

 Sesi bergambar bersama Warga SKDAL

 Sesi bergambar bersama Warga SKDAL

Sesi bergambar berselfie bersama Warga SKDAL

 Murid-murid hadir berpakaian baju raya masing-masing.

 Bermonopod bersama Guru Besar SKDAL

 Bergambar Barisan Pentadbir dan Staf Sokongan bersama Guru Praktikum dari IPG Bahasa Antarabangsa.

 Guru Besar dan Barisan Guru Penolong Kanan bergaya.

 Pekerja pembersihan juga turut bergambar bersama.

Akhir kalam,
 Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami Warga SKDAL