SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Thursday 9 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017 DAN PENCAPAIAN MERENTAS DESA MSSD SABAK BERNAM 2017

Pada 18/1/2017 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi mencari wakil untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah yang dijadualkan pada 25/1/2017. Seramai 10 orang murid berjaya menempatkan diri selaku wakli sekolah ke peringkat daerah.

Keputusan peringkat daerah pula, SKDAL berjaya meraih 2 orang peserta berjaya meraih pingat daripada 10 peserta yang mewakili sekolah.  Di bawah menunjukkan suasana pertandingan dijalankan dan penyampaian hadiah yang berjaya.

Adik Haikal Nazhan mendahului peserta yang lain.

Murid-murid melalui kawasan tali air yang merupakan salah satu lokasi trek perlumbaan.

Kelompok peserta yang terakhir melalui kawasan tali air.


Kawasan rekreasi merupakan laluan perlumbaan bagi tahun ini.

Terdapat murid-murid yang berjalan semasa sesi merentas desa.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid-murid lelaki dalam pertandingan Merentas Desa pada tahun ini.

Tahniah kepada adik Faiz Aiman bin Jamal brjaya meraih tempat ke-15 dalam Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2017

 Tahniah kepada adik Siti Nor Fatimah binti Nor Azman brjaya meraih tempat ke-16 dalam Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2017