SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Sunday 21 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 16 Mei 2017, warga SK Doktor Abdul Latiff menyambut Hari Guru sebagai tanda terima kasih di atas penat lelah guru mengajar dan mendidik anak-anak murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Acara dimulakan dengan sesi fotografi beramai-ramai di dataran perhimpunan. Kemudian, guru-guru diarak dengan paluan kompang masuk ke Dataran Lestari. 
 Antara gambar kandid yang ditangkap semasa Hari Guru

Majlis dimulakan dengan upacara membaca perutusan Hari Guru oleh pihak pentadbir. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu keramat iaitu Kami Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru dan Biarku menjadi Lilin amat menarik minat murid-murid.
Sesi memotong kek Hari Guru (sumbangan luar)

Acara seterusnya ialah acara memotong kek yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Kek-kek itu dipotong kecil dan dikongsikan bersama-sama dengan murid-murid. Selepas itu, acara sukaneka guru diadakan. Pelbagai gelagat dan perangai guru-guru dapat dilihat semasa bermain.
 Sesi petukaran hadiah di antara guru-guru


  Sesi petukaran hadiah di antara guru-guru

 Sesi petukaran hadiah di antara guru-guru

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disumbangkan oleh guru-guru yang mendappat APC. Murid-murid juga, diberi aiskrim percuma yang disumbangkan oleh Ustazah khalimatun dan Cikgu Haspiyani. Tidak lupa juga, PA system disumbangkan oleh cikgu Rizal yang digunakan sepanjang majlis.
Antara acara sukaneka yang dijalankan semasa Hair Guru