SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Wednesday, 28 February 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 44 DAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2018

 Gambar menunjukkan suasana Mesyuarat Agung PIBG berjalan lancar

 Gambar menunjukkan ibu bapa hadir menerima wang RM 100 bantuan khas awal persekolahan.

 Gambar menunjukkan ibu bapa hadir menerima wang RM 100 bantuan khas awal persekolahan.

PROGRAM PENGAKTIFAN YES ID FROG VLE IBU BAPA SK DOKTOR ABDUL LATIFF

 Gambar 1: Murid-murid Tahun 1 mendengar tentang Frog VLE yang disampaikan oleh pihak UniCliq oleh En. Mohd Nazran bin Mohd Nawi.

 Gambar 2: Encik Mohd Nazran bin Mohd Nawi dari UniCliq sedang menerangkan kepada ibu bapa yang hadir mengenai Frog VLE.

 Gambar 3: Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ibu bapa yang hadir pada program pagi ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN FEBRUARI 2018

 Gambar menunjukkan guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Februari disambut dalam perhimpunan mingguan.

Gambar menunjukkan guru-guru memberikan potongan kek kepada semua murid yang lahir pada bulan Februari 2018

Tuesday, 6 February 2018

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS 2018

Pada 5 Februari 2018, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan dalam Perhimpunan Bulanan (Februari). Seramai 119 orang murid dilantik secara rasmi memegang jawatan penting dalam sekolah. Selamat menjalankan tugas dengan amanah.

 PK HEM, Encik M Saud Bin Jaafar memberikan watikah pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2018

 PK Pentadbiran, Encik Azmon bin Amat Kamari menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber dan PK HEM, Encik M Saud bin Jaafar menyampaikan watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

 Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim menyampaikan watikah pelantikan Pengawas Sekolah tahun 2018

 Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim menyampaikan watikah pelantikan Pengawas Sekolah tahun 2018

Sunday, 4 February 2018

TUAN RUMAH KEJOHANAN PING PONG MSSD SABAK BERNAM 2018

Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Ping Pong MSSD Sabak Bernam 2018 (SR). Segala perseiapan sebelum, semasa dan selepas kejohanan berjalan lancar pada hari pertama dan hari terkahir kejohanan. Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru SK Doktor Abdul Latiff melancarkan perjalanan kejohanan pada tahun ini.
 Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Ping Pong Kategori Terbuka Lelaki dan Perempuan  SR. Hadiah disampaikan oleh wakil Tuan Rizam bin Ismail.

  Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Ping Pong Kategori Terbuka Lelaki dan Perempuan  SR. Hadiah disampaikan oleh wakil Tuan Rizam bin Ismail.

   Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Ping Pong Kategori Bukan Cina Lelaki dan Perempuan  SR. Hadiah disampaikan oleh Wakil Tuan Haji Salehuddin bin Iskan.

   Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Ping Pong Kategori Bukan Cina Lelaki dan Perempuan  SR. Hadiah disampaikan oleh Wakil Tuan Haji Salehuddin bin Iskan.

MASIH ADA PELUANG TAHUN HADAPAN

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SKDAL menduduki tempat kelima dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam 2018. Walaupun tidak berjaya mencari tempat / kedudukan tiga terbaik, prestasi pasukan Bola Baling yang majoritnya dari murid Tahun 5 cukup membanggakan layak ke pusingan kumplan XY. Semoga tahun hadapan ada kilauan pingat pada tahun hadapan.

PESERTA MERENTAS DESA SKDAL 2018 MELAKAR SEJARAH

 Tahniah diucapkan kepada Chandrasegar berjaya menduduki tempat ke 21 dalam kategori lelaki bawah 12 Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2018

 Tahniah diucapkan kepada Siti Nor Fatimah berjaya menduduki tempat ke 3 dalam kategori perempuan bawah 12 Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2018, sekaligus mewakili daerah ke peringkat negeri.

Para atlet bergambar dengan Tuan Rizam bin Ismail selaku tetamu kehormat pada Kejohanan kali ini.

JOHAN BERGU LELAKI BADMINTON MSSD SABAK BERNAM 2018


Tahniah diucapkan kepada pasangan bergu lelaki SKDAL berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam 2018. 

PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH 2018

Pada 24 Januari 2018 yang lalu, Pegawai Kesihatan dari KKM telah datang ke sekolah memantau kantin sekolah. Pegawai Kesihatan disambut oleh PK HEM, Encik M Saud bin Jaafar, dan Puan Siti Norizah binti Yusa sebagai Penyelaras Kantin serta Pengusaha kantin, Pak Wan. Mereka telah melihat dan membuat penilaian ke atas kantin sekolah dan mendapat Gred A.

 Sesi perjumpaan bersama Pegawai Kesihatan dan Sesi penilaian oleh Pegawai Kesihatan.

 Pegawai Kesihatan memeriksa bahagian jual beli air minuman dan makanan untuk murid.

Pegawai Kesihatan memeriksan tempat makan guru dan memberikan Gred A pada Kantin Sekolah

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA / PENJAGA TAHUN 6 BERSAMA TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SELANGOR

Pada 19 Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung Program Motivasi Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Shashim Shah bin Harun selaku "Motivator". Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana semasa program berjalan.

Sesi pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga ke program motivasi.

 Ibu bapa / penjaga yang hadir ke sekolah bagi mendengar Program Motivasi Bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor.

 Sesi bersama Penolong Kanan Akademik menerangkan tentang penetapan target UPSR 2018

 Tuan Shashim Shah bin Harun sampai ke sekolah dan bersarapan bersama pegawai PPD Sabak Bernam dan Guru Besar.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Pada 18 Januari 2018 yang lalu, sekolah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah yang melibatkan penyertaan seramai 221 orang murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Di bawah merupakan gambar sepanjang kejohanan berlangsung:

 Guru Besar melepaskan para peserta Merentas Desa 2018

Antara guru-guru sekolah yang terlibat menjaga laluan merentas desa kali ini. 

 Suasana murid sedang merentas desa sejauh 4.0 km