Pada 18 Januari 2018 yang lalu, sekolah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah yang melibatkan penyertaan seramai 221 orang murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Di bawah merupakan gambar sepanjang kejohanan berlangsung:
Guru Besar melepaskan para peserta Merentas Desa 2018
Antara guru-guru sekolah yang terlibat menjaga laluan merentas desa kali ini.
Suasana murid sedang merentas desa sejauh 4.0 km
Para peserta sedang melalui jalan tali air Kampung Gertak Tinggi.
Suasana para peserta yang menyertai kejohanan merentas desa kali ini.
Murid-murid Tahap 1 menjalani aktiviti senamrobik yang dikelolakan oleh guru-guru wanita.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang Merentas Desa 2018. Seramai 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan yang mencatat masa terpantas mendapat pingat.