SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Tuesday, 13 March 2018

MURID VLE TERBAIK NEGERI SELANGOR 2017

Pada 12 Mac 2018 yang lalu, telah berlangsung Anugerah TEKNOPEN 2017 dan Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor 2018 di SAM Tanjung Karang. SK Doktor Abdul Latiff telah tercalon dalam 3 kategori iaitu Guru Admin VLE Terbaik, Penggunaan VLE Sekolah Terbaik dan Murid VLE Terbaik. SKDAL telah berjaya merangkul Johan bagi kategori Murid VLE Terbaik Negeri Selangor.

 Tahniah kepada Adik Rahmah Syazana binti Abd Halim Johan Murid VLE Terbaik Negeri Selangor dan hadiah disampaikan Oleh Tan Sri Noh bin Omar.

 Warga Sabak Bernam yang berjaya mendominasi TEKNOPEN 2017 kali ini.

Adik Rahmah Syazana bergambar bersama GPK HEM, Encik M. Saud bin Jaafar dan Penolong PPD Sabak Bernam, Encik Zakiyuddin bin Abd Hamid.

 Bergambar bersama Tuan KPPPD Sabak Bernam, Tuan Haji Mokhtar bin Manijo dan Ketua PKG Sabak Bernam, ENcik Ahmad Radzuan bin Idris.

 Bergambar bersama Perasmi TEKNOPEN 2017, Tan Sri Noh bin Omar,  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 Terima kasih kepada Cikgu M.Saud bin Jaafar, belanja makan KFC.