SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Sunday 28 April 2019

PASUKAN SILAT SEKOLAH MENEMPA NAMA

Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Selangor, telah diadakan di SMK Tun Rahah, Simpang Lima, Sabak Bernam, Selangor. Di mana, Pasukan Silat SKDAL telah menghantar 2 peserta iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. 
Keputusannya, Pasukan Silat SKDAL telah berjaya membawa pulang 1 Pingat Perak kategori lelaki dan 1 Pingat Gangsa kategori perempuan. Tahniah diucapkan kepada adik Ahmad Nazhan bin Ahmad Lutfi berjaya mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.

 Adik Ahmad Nazhan bersiap sedia untuk memasuki gelanggang final.

Pasukan silat sempat berlatih di luar bersama rakan seperjuangan.


 Aidatun Nafisha berjaya memperoleh pingat gangsa dalam kejuaraan tahun ini.

 Tahniah adik Ahmad Nazhan berjaya memperoleh pingat perak dan sekali gus mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sesi bergambar selepas majlis penyampaian pingat kepada para pemenang.