10 JULAI 2013 - Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Murabak, SK Doktor Abdul Latiff telah mengadakan majlis Pelancaran Ihya Ramadhan. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan gimik yang telah disediakan oleh guru-guru j-Qaf. Selepas itu, Majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Rafiq bin Kamaruddin. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Guru Besar kepada Penceramah jemputan. Akhir kalam, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKDAL. Semoga Ramadhan kali ini, akan bertambah amalan dan kebajikan untuk diri kita.
SELAMAT DATANG
Wednesday, 10 July 2013
Friday, 5 July 2013
MAJLIS PERPISAHAN ENCIK MUHD. FADZILLAH
04 JULAI 2013 - Bertempat di Surau Attakdibiah SKDAL, telah berlangsung majlis perpisahan Encik Muhd. Fadzillah selepas menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar SKDAL, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada warga SKDAL.
Jikalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
jikalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita bertemu lagi.
Monday, 1 July 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN TAG 5A KEPADA CALON UPSR 2013
01
JULAI 2013 - Majlis Penyampaian Tag 5A kepada calon UPSR yang terpilih
telah diadakan di perkarangan Dataran Lestari sebagai pemangkin untuk
membakar semangat murid-murid Tahun 6 agar dapat mencapai keputusan
UPSR yang membanggakan seperti yang telah ditetapkan. Seramai 20 orang
calon yang terpilih tampil ke hadapan dan dipakaikan tag 5A oleh Guru
Besar, En. Megat Pauzi Bin Ibrahim dan dibantu oleh Penolong-Penolong
Kanan SKDAL.
Subscribe to:
Posts (Atom)



