SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Wednesday, 5 April 2017

PERSARAAN CIKGU MAZLAN BIN SUDEK

Pada 5hb April 2017, berlangsungnya Majlis Persaraan Cikgu Mazlan bin Sudek. Walaupun hanya setahun dapat berkhidmat di SK Doktor Abdul Latiff, terasa begitu lama warga SKDAL mengenali beliau. Warga sekolah sekolah mengucapkan selamat bersara dan moga bertemu di lain masa.

Cikgu Mazlan bin Sudek bersama isterinya duduk di pelamin yang telah dihias oleh guru-guru

 Cikgu Mazlan bergambar dengan guru-guru SKDAL dan murid-murid SKDAL

Tuesday, 4 April 2017

LATIHAN KEBAKARAN SKDAL 2017

Pada awal bulan April yang lalu, Unit HEM iaitu bahagian Keselamatan Sekolah telah mengadakan aktiviti Latihan Kebakaran Fasa 1 yang melibatkan agensi luar iaitu Pasukan Bomba dan Penyelamat. Unit Keselamatan yang diketui oleh Encik Mohd Firdaus bin Jamaludin, telah merancang program ini dan telah dimasukkan ke dalam Takwim sekolah sebagai acara tahunan.

Apabila terdengar bunyi loceng panjang sebanyak 3 kali, murid-murid dan warga sekolah yang berada di kawasan sekolah terus bergerak dalam keadan kemas dan tersusun tetapi pantas bergerak menuju ke arah padang yang terbentang luas.

Guru-guru kelas diminta mengambil kedatangan murid sama ada cukup atau tidak cukup semasa di awal sesi persekolahan. Kemudian, Guru kelas perlu melaporkan kepada ahli bomba jumlah murid sebenar.

Selain itu, terdapat juga sesi pembelajaran penggunaan pemadam api yang dikelolakan oleh pegawai bomba. Pegawai bomba memanggil 3 orang guru untuk menjalankan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh pegawainya. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru bersurai menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran.

 Video di atas menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api
(Cikgu Firdaus)

  Video di atas menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api
(Ustazah Nurizah)

Monday, 3 April 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MURID MENDAPAT 6A DALAM UBS1 DAN SIJIL PENGHARGAAN KEHADIRAN MENGIKUT KELAS BULAN MAC 2017

            Pada perhimpuanan bulanan yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam UBS 1 mendapat 6A. Hadiah atau cenderamata yang dihadiahkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid adalah sejumlah wang tunai dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim.
 Gambar menunjukkan sebahagian murid Tahap 1 yang mendapat ganjaran.

 Gambar di atas menunjukkan sebahagian murid Tahap 2 mendapat hadiah daripada Tuan Guru Besar

           Dalam masa yang sama, penyampaian sijil penghargaan bagi kelas yang mencapai peratus kehadiran 25% dan ke atas turut diadakan bagi kehadiran bulan Mac. Sijil penghargaan disampaikan oleh Encik Abdul Hafiza bin Abdul kepada kelas yang berjaya mencapai 25% kehadiran Bulan Mac.