SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Sunday, 4 February 2018

PEMANTAUAN KANTIN SEKOLAH 2018

Pada 24 Januari 2018 yang lalu, Pegawai Kesihatan dari KKM telah datang ke sekolah memantau kantin sekolah. Pegawai Kesihatan disambut oleh PK HEM, Encik M Saud bin Jaafar, dan Puan Siti Norizah binti Yusa sebagai Penyelaras Kantin serta Pengusaha kantin, Pak Wan. Mereka telah melihat dan membuat penilaian ke atas kantin sekolah dan mendapat Gred A.

 Sesi perjumpaan bersama Pegawai Kesihatan dan Sesi penilaian oleh Pegawai Kesihatan.

 Pegawai Kesihatan memeriksa bahagian jual beli air minuman dan makanan untuk murid.

Pegawai Kesihatan memeriksan tempat makan guru dan memberikan Gred A pada Kantin Sekolah

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA / PENJAGA TAHUN 6 BERSAMA TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN SELANGOR

Pada 19 Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung Program Motivasi Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6. Pihak sekolah telah menjemput Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Shashim Shah bin Harun selaku "Motivator". Gambar-gambar di bawah menunjukkan suasana semasa program berjalan.

Sesi pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga ke program motivasi.

 Ibu bapa / penjaga yang hadir ke sekolah bagi mendengar Program Motivasi Bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor.

 Sesi bersama Penolong Kanan Akademik menerangkan tentang penetapan target UPSR 2018

 Tuan Shashim Shah bin Harun sampai ke sekolah dan bersarapan bersama pegawai PPD Sabak Bernam dan Guru Besar.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Pada 18 Januari 2018 yang lalu, sekolah telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah yang melibatkan penyertaan seramai 221 orang murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Di bawah merupakan gambar sepanjang kejohanan berlangsung:

 Guru Besar melepaskan para peserta Merentas Desa 2018

Antara guru-guru sekolah yang terlibat menjaga laluan merentas desa kali ini. 

 Suasana murid sedang merentas desa sejauh 4.0 km