SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Wednesday 23 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013

23 JANUARI 2013 - Telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Sebelum bermulanya acara merentas desa, para peserta melakukan aktiviti regangan badan yang diketuai oleh Cikgu Alfian Bin Md. Zabidi selaku Penyelia Kejohanan. Selepas itu, semua peserta berkumpul di hadapan pintu masuk Hay Resort untuk memulakan acara. Semua peserta dilepaskan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulm, Encik Azmon Bin Amat Kamari.

                           Para peserta berlari sejauh 4.5 km meliputi sebahagian kawasan di daerah Sabak Bernam ini. Trek yang digunakan adalah seperti trek yang telah ditetapkan pada tahun lepas. Trek yang landai memberi kelebihan kepada para pelari untuk berlari pantas tetapi cuaca yang panas telah memberi cabaran yang hebat kepada semua peserta. 

                            Peserta yang berjaya mendapatkan nombor kepada pegawai yang bertugas telah memastikan bahawa mereka berada pada kelompok hadapan. Para pemenang akan diberikan nombor dan namanya diambil untuk penyampaian hadiah. Para pegawai begitu komited terhadap tugas yang mereka jalankan.

                            Selepas semua peserta berjaya menamatkan larian, tiba pula masa penyampaian hadiah. Hanya 10 peserta lelaki dan perempuan yang menerima hadiah. Para pemenang mendapat pingat / medal mengikut ranking / kedudukan dan sijil penyertaan. Puan Rafidah binti Abd. Aziz, GPK Akademik dan Pentadbiran SKDAL dan diiringi oleh GPK Kokurikulm Encik Azmon Amat Kamari menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 6 peserta terbaik lelaki dan perempuan akan mewakili sekolah ke peringkat daerah untuk menempatkan diri ke dalam pasukan negeri.