SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Saturday 26 January 2013

LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI (MENTERI PELAJARAN) KE SKDAL TAHUN 2013

26 JANUARI 2013 -  Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengunjungi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff (SKDAL), Sabak Bernam, Selangor untuk memberi sumbangan  kepada ibu bapa iaitu bantuan RM100 persekolahan di dataran padang Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff. Kedatangan beliau disambut oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff, Encik Megat Pauzi Bin Ibrahim, ADUN Sabak Bernam dan guru- guru SKDAL serta masyarakat di Sabak Bernam.


                  Di samping itu, beliau diberi penghormatan untuk merasmikan Pra Sekolah Gemilang yang baru sahaja siap dibina dan didekorasikan untuk keselesaan murid-murid pra-sekolah yang berdaftar di Sekolah Kebangsaan Doktor abdul Latiff. Beliau juga sempat melawat dan melihat sekitar kawasan pra-sekolah dan beramah mesra dengan murid-murid pra-sekolah sambil diiringi olehTuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff, Encik Megat Pauzi Bin Ibrahim. SKDAL sekali lagi berjaya mencipta sejarah dengan kedatangan Menteri Pelajaran Malaysia kali kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak datang pada tahun 1996 yang lalu semasa memegang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.


                             setelah selesai merasmikan pra-sekolah baharu di SK Doktor Abdul Latiff, beliau terus menuju ke Sungai Besar untuk Program Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) yang diadakan di SMK Sungai Besar. Kami warga SKDAL amat menghargai kedatangan Menteri Pelajaran Malaysia ke SK Doktor Abdul Latiff. Kenangan ini akan dikenang sebagai satu sejarah dan pengalaman yang berharga.