SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Saturday 22 April 2017

SUKAN SEKOLAH KALI KE 83

Pada 21 April 2017 telah diadakan Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke 83. Kejohanan dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi, walaupun hujan turun kejohanan sukan terus berjalan dengan perbarisan masuk kontijen yang bertanding. Setelah selesai majlis perasmian, acara 100m dimulakan dahulu. Kemudian, diikuti dengan acara 4x100m, 4x25m dan sukaneka.

Gambar menunjukkan suasana Hari Sukan Sekolah Kali Ke 83

Selepas acara balapan dan sukaneka selesai, majlis penyampaian hadiah diadakan. Tahniah diucapkan kepada adik Fikri Aiman bin Abdullah dan adik Syakila Nadia kerana terpilih sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah pada tahun ini. Juara keseluruhan pada tahun ini milik Rumah Sukan "Mat Kilau" dengan pungutan markah sebanyak 424 markah.
 
 Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Guru Besar


 Gelagat para pegawai semasa kejohanan sukan berlangsung.
 
 Gambar spontan yang ditangkap semasa kejohanan sukan berjalan.

 Gambar menunjukkan antara para pegawai yang terlibat di dalam kejohanan sukan.


Guru Rumah Sukan yang setia menjaga dan memastikan semua atlet tidak terlepas acara         masing-masing