SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff | Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 3 | Memacu Transformasi Membentuk Insan Berkualiti

Monday 15 April 2013

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZALIHA BT. ISMAIL

15 APRIL 2013 - Sekolah telah kehilangan seorang guru yang berwibawa dan berpengalaman dalam mengajar murid tahap 1. Cikgu Zaliha Binti Ismail telah bertukar sekolah dari SK Doktor Abdul Latiff ke SK Batu 38 kerana mendapat surat penukaran tempat mengajar dari pihak atasan. Dengan hati yang luluh, kami terpaksa melepaskan seorang guru yang berpengalaman yang menjadi tempat rujukan dan tunjuk ajar.
Segala kenangan dan sumbangan beliau amat kami hargai dan sanjungi. Semoga beliau berjaya di tempat kerja yang baharu dan terus kekalkan kewibawaan beliau dalam bidang pendidikan. Kami warga SKDAL memohon ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terlebih bicara dan terkasar bahasa. Selamat maju jaya.