Pada 23 Oktober 2017 yang lalu, Murid-murid Tahun 6 telah dibawa melawat Muzium Sabak Bernam yang merupakan salah satu program yang diaturkan dalam Program PRISMA.
Barisan Guru Pengiring dan sesi penyampaian cenderamata kepada pegawai Muzium
Sesi bergambar beramai-ramai di hadapan Muzium Sabak Bernam
Sesi bergambar beramai-ramai di hadapan Muzium Sabak Bernam
Warga SK Doktor Abdul Latiff mengucapkan selamat berjuang kepada murid-murid Tahun 6. Semoga beroleh kejayaan di atas usaha-usaha yang anda telah lakukan.
Sesi murid menjawab soalan kuiz dan penyampaian hadiah kuiz coding at schools 2017
Sesi pembelajaran coding sedang berlangsung, disampaikan oleh Cik Khairunnisa dan fasilitator membantu murid-murid yang mengalami masalah atau kurang faham.
Sesi pembantangan sedang disampaikan oleh adik Rahmah Syazana dan sesi Ice Breaking dilaksanakan sebagai aktiviti pembukaan program.
Suasana hari terakhir Program Coding at Schools 2017, penyampaian cenderamata dan majlis penutup.
Sesi bergambar bersama dengan pihak pentadbir sekolah.
Sesi bergambar pada hari terakhir program Coding at Schools 2017 sebelum para fasilitator berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
20 Mei 2017, hari Sabtu, SK Doktor Abdul Latiff dipilih sebagai Tuan Rumah untuk Program The Champion Dun Sabak Bernam. Program yang menggabungkan calon-calon 6A UPSR bagi 12 buah sekolah yang terlibat.
Gambar menunjukkan suasana program sedang berlangsung.
Gambar menunjukkan sesi soal jawab dan perkongsian ilmu sedang berjalan
Program ini yang lebih menjurus kepada kaedah menjawab soalan peperiksaan disampaikan oleh guru-guru pakar di daerah Sabak Bernam. Program tamat pada jam 4.30 petang dengan jamuan minum petang.
Pada 16 Mei 2017, warga SK Doktor Abdul Latiff menyambut Hari Guru sebagai tanda terima kasih di atas penat lelah guru mengajar dan mendidik anak-anak murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Acara dimulakan dengan sesi fotografi beramai-ramai di dataran perhimpunan. Kemudian, guru-guru diarak dengan paluan kompang masuk ke Dataran Lestari.
Antara gambar kandid yang ditangkap semasa Hari Guru
Majlis dimulakan dengan upacara membaca perutusan Hari Guru oleh pihak pentadbir. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu keramat iaitu Kami Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru dan Biarku menjadi Lilin amat menarik minat murid-murid.
Sesi memotong kek Hari Guru (sumbangan luar)
Acara seterusnya ialah acara memotong kek yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Kek-kek itu dipotong kecil dan dikongsikan bersama-sama dengan murid-murid. Selepas itu, acara sukaneka guru diadakan. Pelbagai gelagat dan perangai guru-guru dapat dilihat semasa bermain.
Pada perhimpunan yang lalu, majlis penyampaian hadiah diadakan bagi murid-murid yang berjaya menaikkan nama sekolah. Antara murid-murid yang diberi penghargaan adalah pasukan bola sepak sekolah yang berjaya menjadi johan pada tahun ini. Begitu juga dengan pasukan bola jaring sekolah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat daerah.
Adik Medina Safia binti Rohaizan menerima hadiah mewakili pasukan bola jaring sekolah.
Pasukan Bola jaring mengambil gambar bersama jurulatih dan guru pengiring.
Tahniah kepada adik Mohd Arif bin Mat Shom menerima anugerah pemain terbaik.
Sesi bergambar pasukan bola sepak bersama Guru Besar, jurulatih dan guru pengiring.
Pada perhimpunan bulanan yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Penyerahan Anak Angkat dan The Champion. Majlis 2 dalam 1 ini, membariskan calon-calon 6A UPSR 2017. Selain guru-guru yang terpilih, pihak pentadbir juga tidak terkecuali menjadi bapa angkat kepada calon-calon 6A UPSR.
Barisan calon 6A UPSR 2017 bergambar bersama ibu dan bapa angkat
Sesi penyerahan anak angkat kepada guru-guru terpilih.
Pada Hari Jumaat yang lalu, bertarikh 5 Mei 2017, Unit Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Sambutan Israk Mikraj di Dataran Lestari. Penceramah luar dari Kolej Tingkatan 6 Tungku Abdul Rahman Putra (KT6TARP) dijemput bagi memeriahkan lagi majlis ini, iaitu Ustaz Jaafar bin Abdul Rahman.
Murid-murid khusyuk mendengan ilmu yang disampaikan oleh tuan penceramah
Tuan penceramah Ustaz Jaafar bin Abdul Rahman sedang bercerita mengenai Israk Mikraj
Pada 21 April 2017 telah diadakan Kejohanan Sukan Sekolah Kali Ke 83. Kejohanan dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim. Kejohanan bermula pada jam 8.00 pagi, walaupun hujan turun kejohanan sukan terus berjalan dengan perbarisan masuk kontijen yang bertanding. Setelah selesai majlis perasmian, acara 100m dimulakan dahulu. Kemudian, diikuti dengan acara 4x100m, 4x25m dan sukaneka.
Gambar menunjukkan suasana Hari Sukan Sekolah Kali Ke 83
Selepas acara balapan dan sukaneka selesai, majlis penyampaian hadiah diadakan. Tahniah diucapkan kepada adik Fikri Aiman bin Abdullah dan adik Syakila Nadia kerana terpilih sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah pada tahun ini. Juara keseluruhan pada tahun ini milik Rumah Sukan "Mat Kilau" dengan pungutan markah sebanyak 424 markah.
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Guru Besar
Pada 20 April 2017, telah berlangsung majlis ringkas iaitu Majlis Perpisahan Guru. Guru yang dimaksudkan adalah Cikgu Md Nasir Bin Che Mangsor. Beliau ditukarkan ke SK Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (SKS4BNO) kerana mendapat kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Semoga terus sukses di sekolah baharu.
Gambar menunjukkan Ucapan Cikgu Nasir dan penyampaian hadiah penghargaan oleh guru-guru.
Gambar menunjukkan penyampaian hadiah penghargaan kepada Cikgu Nasir oleh guru dan murid.
Pada 5hb April 2017, berlangsungnya Majlis Persaraan Cikgu Mazlan bin Sudek. Walaupun hanya setahun dapat berkhidmat di SK Doktor Abdul Latiff, terasa begitu lama warga SKDAL mengenali beliau. Warga sekolah sekolah mengucapkan selamat bersara dan moga bertemu di lain masa.
Cikgu Mazlan bin Sudek bersama isterinya duduk di pelamin yang telah dihias oleh guru-guru
Cikgu Mazlan bergambar dengan guru-guru SKDAL dan murid-murid SKDAL
Pada awal bulan April yang lalu, Unit HEM iaitu bahagian Keselamatan Sekolah telah mengadakan aktiviti Latihan Kebakaran Fasa 1 yang melibatkan agensi luar iaitu Pasukan Bomba dan Penyelamat. Unit Keselamatan yang diketui oleh Encik Mohd Firdaus bin Jamaludin, telah merancang program ini dan telah dimasukkan ke dalam Takwim sekolah sebagai acara tahunan.
Apabila terdengar bunyi loceng panjang sebanyak 3 kali, murid-murid dan warga sekolah yang berada di kawasan sekolah terus bergerak dalam keadan kemas dan tersusun tetapi pantas bergerak menuju ke arah padang yang terbentang luas.
Guru-guru kelas diminta mengambil kedatangan murid sama ada cukup atau tidak cukup semasa di awal sesi persekolahan. Kemudian, Guru kelas perlu melaporkan kepada ahli bomba jumlah murid sebenar.
Selain itu, terdapat juga sesi pembelajaran penggunaan pemadam api yang dikelolakan oleh pegawai bomba. Pegawai bomba memanggil 3 orang guru untuk menjalankan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh pegawainya. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru bersurai menyambung sesi pengajaran dan pembelajaran.
Video di atas menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api
(Cikgu Firdaus)
Video di atas menunjukkan cara-cara memadam api menggunakan Pemadam Api
(Ustazah Nurizah)
Pada perhimpuanan bulanan yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan Majlis penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam UBS 1 mendapat 6A. Hadiah atau cenderamata yang dihadiahkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid adalah sejumlah wang tunai dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Megat Pauzi bin Ibrahim.
Gambar menunjukkan sebahagian murid Tahap 1 yang mendapat ganjaran.
Gambar di atas menunjukkan sebahagian murid Tahap 2 mendapat hadiah daripada Tuan Guru Besar
Dalam masa yang sama, penyampaian sijil penghargaan bagi kelas yang mencapai peratus kehadiran 25% dan ke atas turut diadakan bagi kehadiran bulan Mac. Sijil penghargaan disampaikan oleh Encik Abdul Hafiza bin Abdul kepada kelas yang berjaya mencapai 25% kehadiran Bulan Mac.